“Memaafkan Boleh, Melupakan Tidak”- Mimi Lana Kekal Hubungan Baik Dengan Syafiq Kyle

Pelakon Mimi Lana memilih untuk bersederhana dalam kehidupannya termasuklah kes kontroversi membabitkan pembatalan perkahwinannya bersama pelakon, Syafiq Kyle sebelum ini.

Katanya menerusi temu bual bersama portal hiburan popular, walaupun sedih dengan insiden yang berlaku, namun dia harus meneruskan kehidupan sebagai seorang anak seni yang juga mempunyai tanggungjawab terhadap keluarga.

“We know each other very well dan saya rasa untuk sembilan tahun tu bukanlah bila kita ada masalah kita akan salahkan each other.

“Saya rasa kami pun dah matang, dan tahu macam mana nak solve kan problem in a good way dan alhamdulillah.

“Kami gaduh tak lama pun… sebab kami selalu juga berjumpa. Lagipun kita ada banyak projek bersama. Nak taknak industri ni kecil, kita kena profesional. Kerja is kerja, profesional is profesional,” katanya.

Dalam pada itu, Mimi masih enggan berkongsi lanjut mengenai punca sebenar pembatalan perkahwinannya disaat akhir bersama aktor berkenaan.

Menurutnya, biarlah perkara tersebut menjadi rahsia sekaligus dia enggan mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

“Apa yang berlaku biarlah saya simpan supaya tidak menjadi lebih besar atau boleh menimbulkan sebarang spekulasi. Apa yang orang nampak, itulah ceritanya.

Ketika ditanya mengenai proses pemulihannya menghadapi ujian tersebut, Mimi memaklumkan, ia merupakan satu proses dan ketentuan Tuhan buat dirinya.

“Kalau nak cakap pasal pulih ni, sampai bila-bila pun kita takkan pulih kan…kita boleh memaafkan tapi tidak melupakan. Benda ni semua dah tertulis dan mungkin ada benda yang lebih baik untuk kita so, saya cuba setiap hari untuk overcome myself dengan benda tu dan alhamdulillah, benda tu very helpful.

“As a women, kita dah try our best, kita dah try as much as we can…dan semestinya sedih dan perasaann tu kita tak boleh tipu semua orang yang melalui benda yang sama of course dia akan rasa sedih tapi apa-apa pun kita kena embrace every feelings yang Tuhan bagi dekat kita. Cuma jangan sampai mengganggu kehidupan,”ulasnya.

 

 

Sumber: Media Hiburan

Salma Syahbuddin