Categories: HiburanSelebriti

‘Memang Rapat Tapi…’- Betul Ke Melissa, Jaa Suzuran Serius Bercinta?

Sejak memuatnaik gambar bersama di Instagram, pasangan penyampai radio dan pengacara Melissa Th’ng dan Jaa Suzuran dikatakan sedang hangat bercinta.

Namun begitu, hal ini dinafikan oleh Melissa yang menyifatkan hubungan mereka hanya sekadar kawan rapat. 

“Walaupun sudah tiga tahun berkawan rapat, kami masih tiada perancangan membawa hubungan itu ke fasa lebih serius.

“Agak susah untuk saya mencari kawan dalam industri dan setakat ini dia lelaki paling rapat dengan saya. Kadang-kadang tak tahu niat orang terhadap kita.

“Sehingga kini, dia sangat jujur. Malah dia seorang yang manis dan personaliti dia berbeza daripada apa yang selalu kita lihat dalam media sosial,” kata Melissa kepada Harian Metro. 

Melissa berkata, dia tidak menolak sekiranya jodohnya nanti lelaki Melayu.

“Saya sangat berfikiran terbuka dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja. Kalau orang baik dengan saya, lagi saya suka.

“Kalau ditanya mengenai jodoh dengan lelaki Melayu, saya okay sahaja. Malah, ketika belajar dulu saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu,” katanya.

Kemesraan Melissa dan Jaa menjadi bualan warganet apabila mereka saling memuat naik foto mesra sejak penghujung Julai lalu.

SGMS Faida