“Memang Saya Dah Tua… Tapi No Botoks!”- Akui Wajah Makin Berkedut, Che Ta Selesa Dengan Rupa Paras Semulajadi

Pelakon jelita, Rozita Che Wan sebelum ini dikatakan semakin berusia apabila tampil memberikan respons balas mengenai pakaiannya pada acara Kedah Fashion Week 2022 lalu.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik oleh Media Hiburan, rata-rata warganet menegur pelakon berusia, 49, ini kelihatan sudah mula mempunyai kedutan diwajahnya.

ARTIKEL BERKAITAN:Ada Yang Cakap Wajah Kelihatan Berusia Bila Nampak Garis Di Muka… Netizen Pertahankan Che Ta! – “Kalau Tak Berkedut, Nanti Keluarlah Cerita Dia Pengamal Susuk”

ARTIKEL BERKAITAN:“Mana Ada Terbonj*l? Sarung Je Pun Besar, Tu Tak Tunjuk Yang…” – Dikatakan Terlampau Seksi, Netizen Tegur Che Ta

Tidak ambil hati dengan tanggapan sedemikian, Rozita Che Wan atau lebih mesra dengan panggilan Che Ta turut mengakui, yang dia kini semakin berusia.

Namun, apa yang penting baginya adalah, tetap dengan prinsipnya untuk tidak menggunakan mana-mana suntikan botok atau vitamin semata-mata mahu kekal muda.

“Orang kata saya tua, ya saya memang sudah tua. Saya tiada masalah mengenai perkara itu kerana walaupun sudah berusia tetapi ada juga yang baru 30-an namun sudah nampak tua”.

“Setiap orang akan tua, jadi lebih baik saya meniti hari tua dengan proses semula jadi. Tidak perlu menyuntik botoks dan sebagainya. Bukan apa, setiap manusia akan tiba ajalnya, saya tidak mahu tubuh tidak diterima tanah pula,” katanya.

Che Ta berkata, dia lebih selesa dengan rupa parasnya yang semula jadi.

“Pastinya saya mengetahui hukum hakam dan lebih selesa dengan paras rupa semula jadi begini. Malah, saya juga turut meminta pendapat Zain (suami) mengenai perkara ini.

“Nasihatnya, mana lebih perlu dititik beratkan? kecantikan atau kesihatan? Saya tidak mahu buah pinggang rosak akibat menyuntik vitamin bagi memutihkan kulit dan sebagainya,” katanya.

Terdahulu, Che Ta pernah berkongsi rutin harian yang dilakukannya untuk mengelakkan diri dari penyakit nyanyuk iaitu, sentiasa mengamalkan bacaan surah Yasin pada setiap kali solat Subuh.

ARTIKEL BERKAITAN:Tak Kisah Tua Tapi Takut Nyanyuk! Rozita Che Wan Dedah Amalan Harian – “Saya Pilih Untuk…”

ARTIKEL BERKAITAN:Sambut ulang tahun kelahiran ke-47, ini rahsia Rozita Che Wan kekal awet muda

 

Sumber: Rotikaya

Salma Syahbuddin