Hiburan By: SGMS Faida September 10, 2018 @ 1:30pm

Memang WOW! Mark Adam Sebut Nama Artis Wanita Popular Dalam Lagu Barunya

Kemunculan penyanyi Mark Adam di Majlis Penghargaan Stokis & Agen Bee Factory sememangnya menarik perhatian tetamu yang hadir.

Dengan gaya bersahaja, Mark menyampaikan lagu terbarunya berjudul Amnesia.

“ Amnesia bermaksud lupa atau hilang ingatan. Dalam lagu ini saya sengaja sebutkan nama-nama yang popular dalam kalangan peminat.

“ Ya memang ramai nama artis di dalam lagu ini. Pendengar akan dapat ‘tangkap’ mengenai maksud sebenar single Amnesia ini bila tonton sendiri video klip.

“ Berkisar mengenai lelaki yang bertemu dengan seorang wanita. Pada mulanya, dia ingat nama wanita tersebut tetapi sesuatu telah menimpa lelaki itu ketika perjumpaan kedua. Kalau nak tahu, tunggu kemunculan video klip itu nanti,” katanya.

Tambah Mark, muzik video Amnesia akan dirakam dalam waktu terdekat ini.

“ Insha Allah jika tiada aral, proses penggambaran muzik video akan dilakukan dalam masa dua minggu lagi.

“ Saya berharap Amnesia bakal diterima baik oleh pendengar. Memang sebuah lagu yang fun dan santai,” ujarnya.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Featured Mon, 17 Apr 2023
familuv Fri, 24 Feb 2023
Hiburan Tue, 2 Oct 2018

Afgan Sertai 99 Penyanyi Indonesia Untuk Konsert Amal Bantu Mangsa Palu

Meskipun sibuk dengan jadual padat, Afgan tidak lupa tanggungjawabnya sebagai penghibur terkenal bagi membantu mangsa tsunami di Palu, Sulawesi.

Featured Fri, 20 Jan 2023

[VIDEO] “Video Dia Setahun Sekali, Kena Tunggu Tahun Depan” – Ramai Tertunggu-Tunggu Kemunculan Mira Filzah Di TikTok

Pelakon terkenal, Mira Filzah meraih perhatian warganet selepas tular sebuah videonya di TikTok, baru-baru ini. Menerusi hantaran berdurasi 34 saat itu, Mira sedang duduk sambil ‘lip sync’ menggunakan lagu berjudul Sure Thing nyanyian Miguel dengan […]

Trending Hari Ini Tue, 2 Jun 2020