Menangis Nak Pergi Wedding Nabila Razali, Ragam Anak Che Ta Raih Perhatian

Pelakon Rozita Che Wan atau Che Ta tampil berkongsi ragam anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana yang menangis gara-gara ingin pergi ke majlis resepsi penyanyi, Nabila Razali.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Che Ta menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Menurut Che Ta, dia tidak dapat membawa anak perempuannya itu kerana dikhuatiri tiada tempat duduk.

Tidak termakan dengan pujukan itu, Aaisyah kelihatan menangis meronta-ronta kerana tetap ingin pergi ke majlis penyanyi tersebut.

“Mampuih (mampu) dah mummy. Qeyay (menangis) nak ikut ni,” tulisnya.

@rozitachewan1 Mampoih dah mummy … qeyau nak ikut niiiiiiiiii . #aaisyahdhiarana #nabilarazli #cheta #fyp ♬ original sound – ROZITA CHE WAN

Dalam perkongsian lain, Che Ta sempat memuat naik reaksi anak perempuannya itu selepas berjaya menghadiri majlis resepsi Nabila.

Segak mengenakan baju tradisional berwarna hitam bersama selempang batik, rata-rata warganet tampil memberikan respons mencuit hati selepas melihat gelagat si kecil itu di ruangan komen.

@rozitachewan1 Tak sia sia qeyau 🤣🤣🤣🤣 adoiiiii bawak jugak laaaaaa p .. . Makeup & rambut by @otongdanish ♬ Usop_Gelora – ꧁ 𝑹.𝒌𝒂𝒚_𝑶𝒇𝒇𝒊𝒄𝒊𝒂𝒍 ꧂

Fatin Nurain