Tersingkir Famili Duo 3 Akibat Kifarah Berbalah Dengan Keluarga? Ini Respons Shila Amzah

Penyanyi Shila Amzah tidak menganggap penyingkirin dia dan adiknya, Syahir Amzah di program Famili Duo musim ketiga (FD3) sebagai satu kifarah susulan perbalahan yang berlaku dengan keluarganya.

Menurut Shila atau Nurshahila Amir Amzah, netizen tidak berada ditempat mereka dan dia berpesan agar netizen menjaga setiap kata-kata yang dilontarkan.

“Kalau nak kata kifarah atau tidak, pada saya apa yang baik itu semuanya datang daripada Allah. Apa yang buruk itu daripada kita sendiri sebagai hamba-Nya.

“Saya tidak kisah netizen mahu cakap apa kerana mereka tidak berada ditempat kami. Kita kena tahu setiap keluarga itu berbeza.

“Netizen perlu didik hati sendiri untuk lebih menghormati kerana kita tidak tahu sekiranya perkara (buruk) itu berbalik kepada diri kita. Kena jaga mulut daripada bercakap sembarangan,” ujarnya semasa ditemui selepas konsert separuh akhir FD3 di Studio NTV7, Glenmarie Shah Alam, semalam.

Sementara itu, Syahir memberitahu keluarga mereka masih memberi sokongan terhadap penglibatan mereka dalam program tersebut.

Malah, dia juga bertindak sebagai orang tengah untuk menyampaikan mesej daripada keluarga kepada Shila.

“Adik, mak dan ayah saya memang ada hubungi saya secara peribadi doakan yang terbaik sepanjang kami bertanding.

“Jadi saya sampaikan sahaja doa mereka kepada Shila. Saya hanya melunaskan tugas sebagai adik,” jelasnya.

Terdahulu, kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya, Syada Amzah mendakwa dihalau keluar daripada rumah banglo milik penyanyi itu bakal dijual.

Namun, Shila menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya banglo itu akan dijual bagi membeli kediaman baru yang lebih selesa buat ibu mereka, Fauziah Sarman.

Isu tersebut semakin berlarutan apabila adik lelakinya, Amir Syafiq mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum menjual banglo itu.

ARTIKEL BERKAITAN:



ARTIKEL BERKAITAN:

ARTIKEL BERKAITAN:

Maya Basir