Menariknya “A Day With Hijabistas” Raikan Wanita Berhijab Sedunia

Dengan tagline destinasi gaya hidup muslim moden , jenama radio ZAYAN telah menganjurkan satu perlawanan futsal persahabatan sempena menyambut Hari Hijab Sedunia ( World Hijab Day) 2019. 

Acara ini telah berlangsung di Uptown Sports Bangi dan turut dihadiri oleh Pengurus Kandungan ZAYAN, Wan Syahrul Amry Wan Mansor. Kehadiran para selebriti tempatan seperti Anna Aljuffrey, Nur Affiza Azmi, Wani Kayrie dan ramai lagi nyata memeriahkan lagi perlawanan futsal tersebut.

 Walaupun julung kali diadakan, namun ianya bertujuan untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara peminat-peminat dan keluarga ZAYAN. Pada masa yang sama, A Day With Hijabistas ini berniat meningkatkan lagi pemahaman masyarakat tentang tatacara pemakaian hijab serta hijab bukanlah penghalang bagi wanita untuk kekal aktif menjalankan rutin harian. 

Sumber : Instagram @zayan.my

Wah, bukan main lagi para hijabista kita ni bermain futsal kan?

Apapun, penganjuran A Day With Hijabistas ini merupakan tanda peringatan dan penghargaan dari ZAYAN kepada wanita-wanita muslim yang berhijab khasnya di Malaysia. 

Salma Syahbuddin