Categories: Oh Lawa

4 item pakaian asas wanita patut miliki, menurut ratu fesyen Anna Wintour

Apa sahaja yang Anna Wintour katakan cantik dan syorkan, industri fesyen antarabangsa pasti akan setuju dan ikut.

Maklumlah, bagi anda yang tidak mengenalinya, beliau ialah seorang ‘fashion guru’ yang disegani, serta ketua pengarang bagi majalah fesyen tersohor, Vogue.

Memandangkan beliau tiada sebarang akaun media sosial untuk kita jenguk, susah sebenarnya untuk kita ketahui lebih lanjut mengenai gaya fesyen yang diamalkan olehnya.

Nasib baik ada siri video Go Ask Anna yang dikongsikan oleh Vogue, di mana pembaca boleh menujukan soalan kepada beliau berkaitan dengan fesyen.

Seorang pembaca bertanya kepada Anna mengenai lima item pakaian asas yang semua orang patut ada di dalam almari mereka. Semestinya beliau tahu jawapannya.

Di dalam video di bawah, Anna berkata item asas ini ialah sangat penting bagi seorang wanita yang sering bergerak, sibuk dan tidak mahu melakukan kesilapan apabila memilih pakaian.

Kemudian beliau menyenaraikan empat item yang seseorang wanita itu perlu ada, seperti di bawah, dan menambahkan satu lagi item fesyen sebagai pilihan kelimanya.

“Memang sangat penting bagi anda untuk memiliki satu item yang berlainan dan menyeronokkan serta mampu membuatkan anda rasa hebat.

“Jika anda mempunyai bajet yang mencukupi, cari sejenis barang kemas yang cukup menarik. Bagi saya, itulah item fesyen perempuan yang paling boleh menaikkan semangat pemakainya.”

Teruskan baca untuk mengetahui apa yang Anna syorkan anda mesti ada di dalam almari.

Baju sejuk (sweater) asas

Foto: Kith

Foto: Everlane

Foto: Uniqlo

Seluar atau skirt asas

Foto: Theory

Foto: Uniqlo

Foto: Good American

Jaket atau kot asas

Foto: Uniqlo

Kasut yang anda betul-betul suka

Foto: By Far

Foto: Sam Edelman

Foto: Superga

Foto: By Far

Barang kemas yang menakjubkan

Foto: Atelier Swarovski

Foto: Shashi

Foto: Anita Ko

Foto: Atelier Swarovski

Sumber: WhoWhatWear

Ad Ops