Mengaku Curang Bersama Muaz Zabir, Netizen Back Up Bella Astillah – “Cannot Brain Lah Mentua Macam Ni!”

Selepas mengaku khilaf yang dilakukannya bersama pelakon baharu, Muaz Zabir, Bella Astillah mendedahkan bahawa tindakannya itu adalah semata-mata mahu membuatkan suaminya yang juga pelakon, Aliff Aziz berasa cemburu.

Katanya ketika ditemui XTRA, dia berniat melakukan perkara itu disebabkan mahu menagih perhatian suaminya sahaja dan tidak lebih dari itu.

“Sejujurnya tujuan saya buat perkara itu adalah disebabkan mahu suami berasa cemburu  dan saya nakkan perhatian dia.

“Kerana pada ketika itu, dia curang bersama wanita lain yang saya tidak perlu pun sebutkan namanya di sini. Dan dengan tindakan saya itu, suami dapat memberikan perhatian lebih kepada saya,” katanya.

 

Susulan perkara itu, rata-rata warganet dan rakan terdekat Bella kelihatan memberikan kata-kata semangat dan mempertahankan tindakan aktres itu berhubung kes kontroversi melibatkan rumah tangganya.

Bahkan, ramai yang menganggap, tindakan Bella berterus terang mengenai status hubungannya bersama Muaz Zabir adalah tindakan yang berani.

 

Bagaimanapun,  terdapat segelintir warganet yang terkejut dengan tindakan mentua Bella yang dianggap sangat keterlaluan terutamanya melibatkan rumah tangga anak dan menantunya.

“Mak mentua suruh husnuzon? I cannot brain mak mentua macam ni. Tak ada yang boleh lawan instinct seorang isteri. Bila isteri tak sedap hati memang something wrong somewhere.

“Cuma macam Bella dia tak ada energy untuk cari bukti sebab takut jumpa sesuatu.Memang tulus sayang dia pada Aliff.

“Mana nak cari perempuan penyabar macam ni? One in a million. Suami curang 11 kali dengan adik sendiri pula tu. Allahu, Bella memang kuat,” komen netizen.

Salma Syahbuddin