Menghayati Perjuangan Kisah Nabi Muhammad SAW Menerusi Teater Muzikal Sirah Junjungan-Tahajud Cinta

Bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul, sebuah drama muzikal arahan Erma Fatima akan membawa penonton menelusuri perjalanan dan perjuangan Nabi Muhammad SAW untuk menegakkan syiar islam di muka bumi.

Teater muzikal islamik ini merupakan pementesan teater Islam yang pertama dilakukan di Asia Tenggara dimana ia akan memperlihatkan sejarah kehidupan Rasulullah SAW.

Apa yang istimewanya, teater ini merakamkan segala peristiwa penting dari tarikh keputeraan Rasulullah S.A.W, sehingga Baginda wafat.

Teater muzikal islamik yang bertajuk Sirah Junjungan-Tahajud Cinta ini menampilkan 20 pelakon utama, 80 pelakon tambahan dan 15 orang pemuzik akan bermain secara langsung.

Lebih menarik, teater ini akan membawakan tiga penyanyi popular negara iaitu Dato Sri Siti Nurhaliza, Dato Jamal Abdillah dan Amy Search.

Anda boleh saksikan Sirah Junjungan-Tahajud Cinta dengan harga RM 7.90 eksklusif hanya di cinema tonton. Layari laman web https://cinema.tonton.com.my/ atau muat turun aplikasi tonton untuk menyaksikan teater muzikal ini bermula 19 Oktober.

Saksikan trailer Sirah Junjungan-Tahajud Cinta

Arfah