Meriahnya! Sabri Yunus & Angeline Tan Dapat Tajaan 7 Majlis Resepsi

Pelakon dan pelawak Sabri Yunus berkongsi rasa bersyukur apabila majlis resepsinya bersama isteri, Andini Angeline Tan berjalan dengan lancar seperti dirancang di Grand Barakah Ampang pada Jumaat, 3 November.

Menurut Sabri, dia tidak pernah terfikir majlis perkahwinan mereka akan diraikan secara bersiri malah mendapat tajaan sepenuhnya dari pihak penganjur.

“Saya tak pernah terfikir untuk buat majlis ni kan sebab kami sudah tua dan kedua kami tiada duit jadi bila ada pula majlis resepsi bersiri ni jadi kami sangat bersyukur sebenarnya.

“Saya rasa selain Allah sayang saya tapi rupanya baru tahu ramai yang sayang saya, terima kasih sangat kepada semua yang taja kami.

“Ada lagi majlis lusa kemudian di KL ada tiga lagi yang saya belum confirm. Kelantan ada satu lagi, itu resepsi besar,” katanya.

Memetik laporan mStar, Angeline turut menyatakan rasa terharu apabila perkahwinan mereka diraikan dengan baik oleh pihak penaja dan penganjur.

“Total semuanya tujuh majlis. Kami hanya fikir orang meraikan untuk kita. Dan kami sangat hargai dan terharu,” jelasnya.

Sumber: mStar

Fatin Nurain