Categories: SelebritiTrending

Dedah Ibu Kandung Anak Angkat ‘Scammer’, Isteri Aliff Syukri Tiada Niat Buka Aib – “Saya Dah Kena Dulu”

Isteri usahawan terkenal Datuk Seri Aliff Syukri, Datin Seri Nur Shahida tampil mendedahkan ibu kandung kepada anak angkatnya, Qayyum merupakan seorang scammer.

Pendedahan itu telah dibuat oleh Shahida menerusi sebuah hantaran di Instagram (IG), sebentar tadi.

Dalam perkongsian tersebut, Shahida memaklumkan ramai mangsa penipuan wanita terbabit datang mengadu nasib mereka menerusi Direct Message (DM) akaun IG miliknya.

Menurut Shahida, dia tiada niat untuk menyebar aib ibu kandung bekas anak angkatnya itu sebaliknya hanya ingin memberikan kesedaran kepada orang ramai agar tidak menjadi mangsa seterusnya.

“Saya dah lama dan banyak kali sebenarnya dapat dm tentang seseorang yang saya kenali sebelum ini telah menipu ramai orang, saya mula-mula ignore sahaja. Tapi pagi ni ada lagi seorang lagi yang terkena.

“Harap hati-hati ya dengan penipuan wanita terbabit. Saya dah kena dulu. Jangan la anda kata saya buka aib pula, ni awareness supaya yang lain tak kena. Hati-hati ya korang.

“Kalau korang ada info tentang mak Qayyum tu share ok sebab kesian ramai kena scam, kita bantu mereka yang terkena!!

“Jangan cakap saya nak dapat manfaat apa-apa, tengok tu orang di atas dm saya bulan Mei. Sebelum tu ada lagi dan hari ni ada lagi. Rupa bila post lagi banyak yang kena. Saya hanya nak bantu supaya takde lagi yang kena scam,” tulisnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Shahida turut berkongsi beberapa keping foto tangkap layar mangsa-mangsa yang tertipu dengan wanita terbabit.

Fatin Nurain