Michael Ang Runsing Kerajaan Bakal Perkenalkan Semula GST? – “Tipah Tertipu Bang”

Pengarah Michael Ang meluahkan rasa runsing apabila ada ura-ura mengatakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bakal diperkenalkan semula oleh kerajaan Malaysia.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Michael berpendapat dia perlu mempelajari semula ilmu berkaitan cukai tersebut.

“Seriously! GST making a comeback? Aduh kena masuk class balik dengan akauntan i.

“Dulu pun sampai ke sudah tak faham apa tu GST! Dulu mati naw naw nak hapus GST sebab bebankan rakyat! Tapi sekaranag nak kenakan GST balik! Ifeel so like Sheila Majid today! Tipah tertipu bang!

Tambah Michael lagi, dia perlu mempelajari semula ilmu cukai berkenaan kerana hanya menuruti sahaja kehendak kerajaan.

“Mampus la kena belajar balik apa tu GST! Dah tua tua ni belajar benda baru slow sangat nak masuk!

“Aduh kau orang ni aku complain sebab kena belajar balik. Tak faham kita yang dah tua-tua ni susah nak belajar benda baru! GST ke SST ke pet pet T ke, ada aku kisah, kita ni jenis ikut aje, apa orang cakap kena buat, buat aje. Chill ya,” tulis Michael.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sebuah temu bual memperakui bahawa GST adalah sistem cukai yang paling cekap dan telus.

Khairil Khusyairi