Categories: Hiburan

“Takkanlah Saya Nak Nyanyi Pakai Baju Gergasi” – Aina Abdul Mahu Busana Cantik, Janjikan Kejutan Untuk Konsert di Axiata Arena

Penyanyi Aina Abdul mahu menyarungkan busana yang cantik ketika konsert A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA 3.0) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November hadapan.

Memandangkan busana yang disarungkan sebelum ini sering menjadi bualan dan kritikan, Aina yang terkenal dengan imej eksentrik mahu kelihatan anggun di malam konsert ANWAA 3.0 nanti.

“Segala kecaman itu saya terima, yang baik saya simpan, yang perlu perbaiki saya akan baiki dan yang menjatuhkan saya akan buang.

“Busana ini mengikut acara dan kesesuaian. Jika di permaidani merah, sudah pasti saya akan menggayakan sesuatu yang lebih ‘over’ dan memberikan ‘statement’. Ketika menyanyi saya akan menampilkan baju yang selesa dan bersesuaian. Takkan ketika menyanyi saya nak pakai baju gergasi, nanti nak pegang mikrofon pun tak boleh.

“Untuk busana konsert ini, saya berbincang dengan penata gaya, Abu Shaef Hamza untuk tampil dengan pakaian yang cantik. Sebab itu kena hadir ke konsert saya dan nantikan kejutan yang bakal disajikan,” katanya kepada XTRA.

@xtra_my Replying to @BT_DeFendOW96 Ha? Aina Abdul bercinta? Ha jom dengar jawapan empunya badan sendiri. 💖 Wah, jejaka mana ni tambat hati Aina?🤪😛 🥰 #xtramy #xtratonton ⁣⁣⁣⁣⁣#artismalaysia #xtra #viral #beritaterkini #motifviral #malaysia #makcikbawang #trending #news ♬ original sound – XTRA

Aina ditemui di siding media ANWAA 3.0 di Starhill Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “No Comment” – Aina Abdul Bercinta? Empunya Badan Nafi, Tak Fikir Nak Tamat Zaman Bujang

Menerusi konsert penuh gilang-gemilang anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) yang turut menyaksikan Aina Abdul Entertainment (AAE) selaku penganjur bersama ini, Aina bakal mempersembahkan rangkaian 33 buah lagu hits termasuk medley.

“Ia bertemakan gabungan genre moden serta irama klasik yang akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor iaitu Mac Chew.

“Oleh kerana konsert kali ini merupakan kesinambungan daripada dua konsert yang diadakan sebelum ini, saya sepasukan telah bekerja keras untuk membuat perancangan rapi bagi memastikan agar penganjuran kali ini adalah edisi yang terbaik pernah dianjurkan,” katanya.

Tiket untuk menyaksikan konsert ANWAA’ 3.0 akan mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.ainaabdul.myPenyanyi Aina Abdul mahu menyarungkan busana yang cantik ketika konsert A Night With Aina Abdul 3.0 (ANWAA 3.0) yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 18 November hadapan.

Memandangkan busana yang disarungkan sebelum ini sering menjadi bualan dan kritikan, Aina yang terkenal dengan imej eksentrik mahu kelihatan anggun di malam konsert ANWAA 3.0 nanti.

“Segala kecaman itu saya terima, yang baik saya simpan, yang perlu perbaiki saya akan baiki dan yang menjatuhkan saya akan buang.

“Busana ini mengikut acara dan kesesuaian. Jika di permaidani merah, sudah pasti saya akan menggayakan sesuatu yang lebih ‘over’ dan memberikan ‘statement’. Ketika menyanyi saya akan menampilkan baju yang selesa dan bersesuaian. Takkan ketika menyanyi saya nak pakai baju gergasi, nanti nak pegang mikrofon pun tak boleh.

“Untuk busana konsert ini, saya berbincang dengan penata gaya, Abu Shaef Hamza untuk tampil dengan pakaian yang cantik. Sebab itu kena hadir ke konsert saya dan nantikan kejutan yang bakal disajikan,” katanya kepada XTRA.

Aina ditemui di siding media ANWAA 3.0 di Starhill Kuala Lumpur pada Selasa.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] “No Comment” – Aina Abdul Bercinta? Empunya Badan Nafi, Tak Fikir Nak Tamat Zaman Bujang

Menerusi konsert penuh gilang-gemilang anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) yang turut menyaksikan Aina Abdul Entertainment (AAE) selaku penganjur bersama ini, Aina bakal mempersembahkan rangkaian 33 buah lagu hits termasuk medley.

“Ia bertemakan gabungan genre moden serta irama klasik yang akan diiringi oleh barisan pemuzik profesional orkestra dan band di bawah pimpinan pengarah muzik tersohor iaitu Mac Chew.

“Oleh kerana konsert kali ini merupakan kesinambungan daripada dua konsert yang diadakan sebelum ini, saya sepasukan telah bekerja keras untuk membuat perancangan rapi bagi memastikan agar penganjuran kali ini adalah edisi yang terbaik pernah dianjurkan,” katanya.

Tiket untuk menyaksikan konsert ANWAA’ 3.0 akan mula dijual dengan harga RM98 (Silver), RM188 (Gold), RM258 (Platinum), RM288 (VIP), RM388 (VVIP) dan RM488 (MIP) bermula 15 September 2023 di www.ainaabdul.my

Padin