Mira Filzah Jawab Spekulasi Bakal Berkahwin Tahun Hadapan

Pelakon cantik yang juga pemenang  Anugerah Telenovela Award 2018 yang lalu, mengulas mengenai spekulasi beliau bakal menamatkan zaman bujang pada tahun hadapan.

Pemilik nama Nur Amirah Filzah Badioezaman, 26, bagaimanapun bakal berkongsi berita gembira itu setelah mendapat keizinan dari kedua belah pihak. 

Sumber : Instagram @mfmirafilzah

“Saya tidak boleh komen lanjut mengenai soal itu, tetapi setiap orang yang menjalinkan hubungan pasti mahukan pengakhiran yang bahagia dan berkahwin. 

“Niat itu ada, tetapi belum ada pengesahan daripada mana-mana pihak buat masa sekarang” Katanya.

Terdahulu, Mira juga dilantik sebagai Face of Bridal Rico Rinaldi 2020 yang berlangsung di Pavilion Le Gamuda, Selangor pada Rabu.

Sumber : Instagram @mfmirafilzah

Namun, kolaborasinya bersama Rico itu bukanlah petunjuk, beliau bakal berkahwin dalam masa yang terdekat.

” Ini bukan hint apa-apa, tiada kena mengena sama ada saya nak kahwin atau apa” Jelasnya.

Apapun, kita doakan yang terbaik buat Mira Filzah okay! 

Salma Syahbuddin