Miranda Kerr Timang Anak Lelaki Kedua

Hasil perkahwinan kedua, supermodel terkenal Miranda Kerr dilapor selamat melahirkan seorang bayi lelaki semalam.

Memetik sumber TMZ, Miranda dan suaminya, pengasas aplikasi Snapchat, Evan Spiegel telah sepakat memberikan nama Hart kepada putera mereka.

Berita tentang kehamilan model kelahiran Australia itu mula dihidu sejak November lalu malah menerusi program hiburan Jimmy Kimmel Live, Miranda turut mendedahkan yang anak sulungnya, Flynn Christopher Bloom sudah tidak sabar menanti kelahiran adiknya.

Flynn, 6, merupakan anak hasil perkahwinan pertama Miranda dengan aktor Orlando Bloom.

Miranda dan Evan berkahwin pada 28 Mei tahun lalu di kediaman mereka di Califronia, Amerika Syarikat. Perkahwinan tertutup itu hanya dihadiri 50 ahli keluarga dan kenalan rapat kedua-dua belah pihak sahaja.

SGMS Enal