Misha Omar Masih Power, Walau Dilabel Persembahan Statik

Pernah menjadi juara pada AJL 18 menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta, nampaknya Misha Omar sekali lagi tampil berbaju merah seolah-olah warna ini memberitahu kepulangan beliau pada AJL33 kali ini membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai pemenang Vokal Terbaik dan Tempat Ketiga sekaligus membawa pulang hadiah bernilai RM22K berserta trofi pada malam ini.

Walaupun Misha tampil secara ringkas dengan props yang begitu manimalis, ternyata persembahan lagu Sampai Bila mampu memukau penonton yang hadir.

Namun, masih terdapat lagi netizen diluar sana yang mempertikaikan kemenangan penyanyi ini dan melabel persembahan Misha sebagai persembahan statik yang ‘boring’. Serius lah netizen ni pun?
Apapun, ramai nampaknya peminat Misha Omar masih tidak berpuas  hati dengan keputusan juri kerana ramai yang beranggapan lagu Sampai Bila ini antara yang layak dinobatkan sebagai AJL33.
Salma Syahbuddin