Categories: HiburanSelebriti

Tepati Ramalan Ramai, HARAM Dinobatkan Sebagai Juara Lagu 2018

Menepati jangkaan ramai, lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong mengungguli AJL 33 apabila dinobatkan sebagai Juara Lagu 2018.

Persembahan luar biasa diiringi air hujan yang membasahi pentas Axiata Arena Bukit Jalil malam tadi, persembahan Hael dan Dayang Nurfaizah berjaya menambat hati pihak juri.

Tempat kedua pula dimenangi oleh Ara Johari menerusi Bunga manakala Sampai Bila nyanyian Misha Omar menang di tempat ketiga.

Misha turut berjaya meraih trofi Vokal Terbaik manakala Sufian Suhaimi yang menyampaikan lagu Di Matamu berjaya membawa pulang trofi Persembahan Terbaik.

AJL 33 dihoskan oleh Alif Satar dan Sherry Alhadad bersiaran pada jam 9 malam di TV3 manakala acara karpet merah yang berlangsung sebelum AJL 33 diacarakan oleh Shuk Sahar dan Kaka Azraff.

Kesemua pemenang membawa pulang wang tunai, trofi serta telefon pintar kamera kuad Samsung Galaxy A9. Tahniah daripada kami di XTRA. 

SGMS Faida