“Modus Operandinya Sangat Licik…” – Tunggu Lebih 5 Bulan, Sepupu Lisa Surihani Jadi Mangsa Taktik Baru Scammer

Pelakon Datin Lisa Surihani mendedahkan sepupunya merupakan salah satu mangsa kepada taktik penipuan dan berpesan kepada orang ramai untuk lebih berhati-hati.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, sepupu Lisa menggunakan khidmat seorang lelaki yang dikenali sebagai Isz yang kononnya dia mengendalikan servis fotografi untuk sebuah acara.

Difahamkan, taktik penipuan ini telah berjaya melarikan wang bernilai ribuan ringgit di mana individu tersebut akan berurusan dengan pelanggan dan melantik jurugambar, juruvideo bebas untuk menjalankan tugas di majlis namun selepas selesai, langsung tiada khabar berita.

“Modus operandinya sangatlah licik. Beliau akan berurusan dengan customer dan akan melantik freelance photographer dan videographer untuk hadir ke majlis yang telah dipersetujui.

“Selepas selesai majlis dan setelah pembayaran penuh dikutip dari customer, beliau tidak menyerahkan wang hasil kerja kepada photographer dan videographer yang telah menjalankan tugas dengan sempurna,” tulis salah seorang mangsa penipuan.

Selain itu, akaun Instagram yang digunakan untuk servis tersebut juga telah ditukar kepada nama pengguna yang lain.

Menurut Lisa, sepupunya itu sudah menunggu lebih lima bulan untuk mendapatkan pakej servis yang sudah dibuat pembayaran secara penuh.

“Sepupu saya cuba untuk sangka baik, mungkin ada penjelasan. But poor follow up responses, tidak langsung apologetic walaupun its been more than 5 months, and bila cakap nanti kena report pon dia tak bothered.

“Sepupu saya dah bayar in full, but til hari ini, sepupu saya tidak terima lagi apa-apa,” katanya.

Tambahnya lagi, masih belum terlambat untuk individu tersebut memperbetulkan keadaan.

“To you, Isz, please be fair dan do the right thing by your customers and the people you employed. Tak baik buat macam ni. Takut nanti buat kerja apa-apa tak ada barakah-Nya. Ada lagi peluang to make this right,” ujarnya.

Maya Basir