[VIDEO] Khusyuk Ikut Sembahyang, Gelagat Jebat Jayden Curi Tumpuan – “Sekarang Saya Dah Rajin Solat”

Anak kepada pelakon Sharnaaz Ahmad dan Noor Nabila iaitu Jebat Jayden sememangnya sering mencuit hati penonton dengan gelagat lucu serta bijak bercakapnya itu.

Baru-baru ini, tular sebuah perkongsian di Instagram yang memaparkan gelagat Jebat sedang berdiri di atas sejadah kecil berwarna biru kuning serta mempunyai tulisan namanya ‘Jayden’ telah berjaya mencuri perhatian ramai.

Lebih-lebih lagi apabila Jebat kelihatan khusyuk ikut solat sambil mengikut membaca surah Al-Fatihah dengan cukup fasih dan yakin.

“Sekarang saya dah rajin soyat,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kepintarannya dan turut mendoakan agar dia menjadi anak yang soleh.

“Anak soleh harus dilatih awal. Semoga jadi anak soleh Jebat.

“Alhamdulillah semoga menjadi anak yang berjaya di dunia dan akhirat, Aaamin.

“Yeay Jayden rajin soyat dah, Jayden strong.

“Anak yang harus dibanggakan, rajin follow mummy solat,” komen netizen

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 17,000 tanda suka dan 71 komen.

 

Dharnieya Nur Amelsa