Mokhzani Ismail Beri Respons Isu The Gadys Nyanyi Sumbang

Pengarah dan penerbit muzik tersohor, Datuk Mokhzani Ismail tampil memberi respons berhubung nyanyian penyanyi kumpulan wanita, The Gadys yang sumbang, baru-baru ini.

Menurut Mokhzani yang juga merupakan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Muzik RTM, program tersebut merupakan acara luar tajaan penerbitan stesen terbabit, justeru tiada pengarah muzik (MD) mahupun ahli muzik lain.

“Bila ramai sangat yang DM tanya macam mana kumpulan The Gadys viral lagu Cinta Sampai Ke Ethopia tu boleh terlepas dalam program TV.

“Itu program luar tajaan RTM, jadi penganjur yang cari artis. Tak ada band, musicians atau MD terlibat hanya pakai minus one.

‘Dah terlepas dan terkeluar sumbang. Nak buat macam mana.. Tak sempat nak autotune,” katanya.

Susulan itu, Mokhzani yang juga merupakan ketua juri bagu acara Anugerah Juara Lagu (AJL) ini berkata insiden tersebut akan membuka mata The Gadys untuk mengambil kelas vokal.

“Tak payah nak kecoh sangat macam baru pertama kali dengar orang nyanyi sumbang.

“Pandai la mereka nak pergi belajar. Sekurangnya ada juga sumbangan mereka sekali sekala kena biar terlepas supaya telinga korang dapat dididik juga.

“Selain juga menyedarkan The Gadys untuk pergi belajar vokal,” katanya.

Mokhzani berkata demikian menerusi satu hantaran dimuat naik di Instagram miliknya.

Sebelum ini, kumpulan wanita baru The Gadys menerima kritikan ramai selepas nyanyian mereka sumbang dalam program tempatan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nyanyian Sumbang, The Gadys Teruk Dikecam Netizen – “Dah Macam Nyanyi Kat Karaoke Jamban” 

Aqilah Paharuzi