“Motif Pakai Tudung On-Off?” – Netizen Dakwa Erin Malek Sengaja Cetus Kontroversi Gara-Gara…

Pelakon Erin Malek mencuri perhatian netizen apabila tampil tidak bertudung ketika bercuti bersama keluarga di Korea Selatan, baru-baru ini.

Perkongsian yang dimuat naik menerusi akaun Instagram rasminya menunjukkan Erin hanya memakai topi dan memperlihatkan rambutnya.

Foto tersebut akhirnya mengundang pelbagai respons dalam kalangan warganet yang rata-ratanya kecewa dengan tindakan pelakon Misiku Kuza itu.

 

Bagaimanapun, ini bukanlah kali pertama Erin terpalit dengan kontroversi serupa kerana pada awal Mac lalu, aktres ini turut melakukan hal yang sama sewaktu percutiannya ke Dubai.

Menjengah di ruangan komen, terdapat segelintir netizen yang memerli pelakon filem Tentang Bulan ini yang dikatakan sengaja mahu mencetuskan kontroversi gara-gara ‘sendu’.

Malah, ada yang tampil mempersoalkan motif Erin berbuat demikian.

“Bila tak istiqamah, macam ni lah jadinya…”

“Modus operandi dia sebab nak berlakon balik ke?”

 

Salma Syahbuddin