[VIDEO] “Apa Tahi Kau Letak Muka Aku Ni?” – Buat Rawatan Muka, Reaksi Spontan Mas Idayu Buat Netizen Berdekah!

Baru-baru ini, seorang individu memuat naik sebuah video yang memaparkan penyanyi dangdut, Mas Idayu sedang mendapatkan rawatan kulit di sebuah klinik kecantikan.

Menerusi video itu, dilihat Mas Idayu terkejut apabila menghidu cecair yang berbau busuk disapu pada mukanya.

“Apa benda tahi yang kau letak dekat muka aku ni? Apa busuk ni? Takyah record lah! Busuk benda bau ni.

“Apa benda ni? Nama dia apa?,” katanya.

Sehubungan itu, doktor tersebut menjelaskan kepada Mas Idayu yang lebih mesra disapa sebagai Mummy mengenai cecair tersebut dan khasiat penggunaannya.

“Glutathione peel… walaupun dia busuk tapi lepas buat dia akan cantik sebab glutathione ni adalah antioksidan yang kuat,” jelas doktor itu.

Selepas penjelasan itu, Mas Idayu dilihat reda dengan rawatan tersebut kerana ingin kelihatan cantik ketika majlis perkahwinannya nanti.

“Macam-macam muka aku dia letak. Tapi tak apalah kalau cantik tak apalah korang kena cuba, tengoklah bau tahi ka apa,” ujarnya.

@drsyafiqlokman Apa benda yang dr sapu dekat muka mami tu?? Ini adalah glutathione peel, walaupun bau die agak tak sedap tapi resilt die sgt wow 😂. Sabar ye mami. #drsyafiqlokman #fyp #masidayu #tiktokviral #tiktokindonesia #tiktokmalaysia ♬ original sound – Mohammad Syafiq Lokman Hakim

Meninjau diruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan reaksi spontan Mas Idayu ketika menjalani rawatan muka.

Malah, ada segelintir yang berkongsi bahawa rawatan tersebut memang berhasil berdasarkan pengalaman mereka.

Atiqah Johari