Syatilla Melvin Mengamuk Foto Disalah Guna – “Bodoh Apa Guna Gambar Adik Beradik Melvin”

Pelakon dan usahawan, Syatilla Melvin meluahkan rasa bengang terhadap sebuah portal yang menyalah gunakan gambarnya dan adik beradik lain dalam sebuah artikel yang tidak ada kaitan dengan mereka.

Menerusi hantaran terbabit, Syatilla memuat naik tangkap layar keratan artikel daripada sebuah laman web hiburan yang memaparkan gambar adik beradiknya digunakan untuk artikel yang berkaitan dengan sihir.

Tidak berdiam diri, isteri kepada pelakon Shaheizy Sam itu bertindak bertanyakan portal tersebut mengenai perkara terbabit di ruangan kapsyen hantaran.

“@beau****** hampa ni apa masalah eh? Macam kurang bijak sangat ni.

“Bodoh apa guna gambar adik beradik MELVIN?,” tulis Syatilla.

Meninjau ruangan komen, adiknya, Syifa Melvin turut meninggalkan pesanan kepada portal tersebut dan mempersoalkan etika mereka.

Bukan itu sahaja, selebriti Rozita Che Wan juga tampil meninggalkan komen dan menyatakan bahawa perkara sebegini sering menjadi punca kemarahannya.

Justeru, ramai pengikut di Instagram Syatilla meminta untuk mengambil tindakan undang-undang.

Rata-rata pengikutnya menyifatkan tindakan portal tersebut sebagai tidak bertanggungjawab dan sengaja ingin menimbulkan kontroversi.

 

Atiqah Johari