Muat Naik Foto Bersama Suami Tapi Status Perkahwinan Sharifah Sakinah Diragui?

Sebelum ini hangat di media sosial mengenai dakwaan pelakon Sharifah Sakinah sedang berbadan dua apabila memuat naik sebuah video di Instagram, namun perkara tersebut telah dinafikan oleh Sakinah.

ARTIKEL BERKAITAN: Sharifah Sakinah Tolak Dakwaan Sedang Hamil, Hanya ‘Enjoy’ Makanan Di Dubai

Terbaharu, Sakinah ada memuat naik satu hantaran yang memaparkan foto dirinya dan suami, Michael Hansen.

Namun perkongsian pelakon tersebut menjadi tanda tanya apabila kapsyen yang ditulis Sakinah seolah-olah mereka tidak bersama lagi.

“Kami mempunyai pendapat yang berbeza, berlainan kepercayaan, perspektif dan ideologi. Sebab itu kami tidak boleh menjadi pasangan lagi. Tamat,” tulis Sakinah.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ruangan komen pelakon itu juga telah ditutup.

Sehingga kini, pasangan tersebut belum menjelaskan status perkahwinan mereka itu. Awal Oktober lalu pasangan itu dilihat sedang bercuti di Dubai.

Sakinah dan Michael sah bergelar pasangan suami isteri namun pelakon itu tidak menyatakan tarikh sebenar perkahwinannya dengan jejaka berasal dari Sweden itu.

Khairil Khusyairi