Kongsi Momen Berpesta Buih Atas Cruise, Netizen Sakit Mata Tengok Norreen ‘Belanja’ L*rah? – “Laki Dia Buta Ke?”

Baru-baru ini, pempengaruh media sosial Norreen Iman memuat naik beberapa keping foto beserta video yang memaparkan dirinya senang menikmati percutian bersama keluarga di atas sebuah kapal mewah.

Menerusi hantaran di Instagramnya, Norreen menyatakan bahawa duit boleh dicari kerana bukan selalu dapat pengalaman sebegini bersama keluarga kecilnya.

“Jedag jedug dengan keluarga kecil saya.

“Duit boleh cari sebab benda bukan selalu. Tibah!,” tulis Norreen sebagai kapsyen.

Namun begitu, ada segelintir warganet meluahkan rasa kurang senang melihat foto-foto yang dikongsi oleh Norreen pada umum menerusi hantarannya.

Hal ini kerana, warganet menyatakan pakaian Norreen tidak sopan malah mencolok mata sehingga memperlihatkan bahagian lurahnya.

Menjengah di ruangan komen, ada segelintir warganet memberi reaksi yang negatif terhadap pemakaian Norreen.

Gara-gara foto itu, suami Norreen turut dipersoal warganet kerana membiarkan isterinya memperlihatkan auratnya kepada orang ramai.

Namun begitu, terdapat warganet yang mempertahankan Norreen dengan menyatakan itu haknya untuk berkongsi foto-fotonya.

Atiqah Johari