“Shuk Ke Tu?” Netizen Terhibur Dengan Penampilan Shuk Sahar Dalam Live

Selepas terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelakon dan pelawak, Shuk Sahar kini mula aktif dilaman sosial miliknya.

Terbaharu, kemunculan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dalam siaran langsung di TikTok bersama seorang personaliti media sosial yang juga merupakan jurusolek terkenal menarik perhatian warganet.

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, Shuk dilihat sedang memakai rambut palsu dan memakai solekan dimuka sehingga menyerupai wanita dan kemudian muncul dalam siaran langsung bersama, Danny Evans pada Rabu.

@eyraleeeee HAHAHHA 44x kali ulang 44x aku terhibur😆😆😆😆😆 #fyp #danny ♬ bunyi asal – Cik eyraa

Perkongsian video tersebut sekaligus membuatkan warganet terhibur dengan penampilan Shuk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa wajah Shuk dan Danny seakan-akan kembar.

 

Sumber: Oh My MediaSelepas terpalit dengan beberapa kontroversi melibatkan rumah tangganya, pelakon dan pelawak, Shuk Sahar kini mula aktif dilaman sosial miliknya.

Terbaharu, kemunculan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 36, dalam siaran langsung di TikTok bersama seorang personaliti media sosial yang juga merupakan jurusolek terkenal menarik perhatian warganet.

Menerusi video berdurasi 1 minit itu, Shuk dilihat sedang memakai rambut palsu dan memakai solekan dimuka sehingga menyerupai wanita dan kemudian muncul dalam siaran langsung bersama, Danny Evans pada Rabu.

Perkongsian video tersebut sekaligus membuatkan warganet terhibur dengan penampilan Shuk.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju bahawa wajah Shuk dan Danny seakan-akan kembar.

 

Sumber: Oh My Media

Dharnieya Nur Amelsa