[VIDEO] Pandangan Mata Neelofa ‘Memukau’, Namun Netizen Persoal Tujuan Berniqab? – “Dah Jatuhkan…”

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila ada individu memuat naik sebuah video yang memperlihatkan bahagian mata Neelofa.

Menerusi video tersebut, individu itu memaparkan bahagian mata Neelofa yang cantik dengan mengenakan solekan minimalis.

“Bila mata berbicara,” tulis dalam video itu.

Dalam video itu, Neelofa dilihat mengenakan hijab dan niqab berwarna coklat keemasan.

Malah, individu itu turut memuji cara selebriti jelita itu berpakaian dan menyatakan Neelofa indah dilihat berpakaian sopan dan patuh syariah.

“Yang tertutup itu indah, yang patuh itu bersyariah,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Menjengah di ruangan komen, ramai wargamaya turut memuji kecantikan Neelofa walaupun hanya memperlihatkan bahagian mata.

Namun, tidak kurang juga ada segelintir wargamaya yang mengkritik Neelofa kerana menyifatkan menarik perhatian walaupun berniqab.

Malah, ada yang menganggap Neelofa menjatuhkan martabat pakaian pejuang Islam wanita.

Atiqah Johari