“Mana Satu Yang Real….” – Haqiem Stopa Bertemu ‘Kembar’?

Personaliti TikTok dan juga ikon permotoran, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Bin Jaafar, 22 sudah tidak asing lagi di kalangan generasi belia pada masa kini.

Sering menjadi bahan cemuhan oleh warganet Haqiem sudah mula lali dengan segala komen-komen panas yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Namun lain pula kali ini, Haqiem tidak terpalit dengan mana-mana isu yang menjadi kontroversi di media sosial.

 

@jenterapejuang.official Mana satu yang real ??#haqiemstopa ♬ bunyi asal – Ashraaf Sufyan

Menerusi video berdurasi 19 saat yang dikongsi oleh @jenterapejuang.official, melihatkan seorang lelaki yang mempunyai iras yang serupa dengan Haqiem sedang meniru perbuatan dan juga perwatakana ikon permotoran itu.

Tindakan lelaki tersebut telah berjaya membuat pengunjung yang hadir di Karnival Gegar Anak Johor 2022 menjadi keliru kerana tidak dapat membezakan manakah gerangan stopa yang sebenarnya dan juga yang ‘clone’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen  turut terhibur dan bersetuju mengatakan yang wajah mereka sangat serupa umpama kembar yang terpisah.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 1.9 juta dan menerima  lebih 151,000 tanda suka.Personaliti TikTok dan juga ikon permotoran, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Bin Jaafar, 22 sudah tidak asing lagi di kalangan generasi belia pada masa kini.

Sering menjadi bahan cemuhan oleh warganet Haqiem sudah mula lali dengan segala komen-komen panas yang dilemparkan oleh netizen terhadap dirinya.

Namun lain pula kali ini, Haqiem tidak terpalit dengan mana-mana isu yang menjadi kontroversi di media sosial.

 

Menerusi video berdurasi 19 saat yang dikongsi oleh @jenterapejuang.official, melihatkan seorang lelaki yang mempunyai iras yang serupa dengan Haqiem sedang meniru perbuatan dan juga perwatakana ikon permotoran itu.

Tindakan lelaki tersebut telah berjaya membuat pengunjung yang hadir di Karnival Gegar Anak Johor 2022 menjadi keliru kerana tidak dapat membezakan manakah gerangan stopa yang sebenarnya dan juga yang ‘clone’.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen  turut terhibur dan bersetuju mengatakan yang wajah mereka sangat serupa umpama kembar yang terpisah.

 

Setakat artikel ini ditulis, video tersebut telahpun ditonton lebih 1.9 juta dan menerima  lebih 151,000 tanda suka.

Halimey Zamal