Muat Naik Foto Di IG, Netizen Mohon Noor Nabila Berhenti Cium Mulut Anak – “Jebat Kan Dah Besar…”

Susulan memuat naik foto bersama anaknya, Jebat Jayden sempena sambutan Hari Raya Aidiladha baru-baru ini, usahawan selebriti Noor Nabila Mohd Noor sekali lagi mencuri perhatian apabila terdapat segelintir warganet yang kurang senang dengan tindakannya yang kerap mencium bibir anak tunggalnya itu.

Menurut pengikut Noor Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Bella, mereka menyifatkan tindakan mencium mulut anaknya adalah tidak sesuai memandangkan Jebat kini semakin membesar.

Anak dah besar, boleh stop ajar cium bibir,” tulis netizen.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pengikut Noor Nabila yang tampil mempertahankan tindakannya itu apabila berpendapat setiap orang mempunyai cara yang berlainan untuk mengajar dan menunjukkan kasih sayang kepada anak mereka.

“Lain orang, lain caranya. Tanya la ustaz, tengok apa ustaz akan jawab.

“Biarlah dia tanya ustaz sendiri. Dia tak tanya anda pun jadi jangan sibuk.

“Ramai lagi yang kiss mulut ni, kena buat iklan baru satu dunia berhenti ajar anak cium mulut. Senang kerja!” komen netizen.

Namun, berdasarkan pemerhatian XTRA, komen tersebut telahpun dipadam oleh Noor Nabila di Instagram berkenaan.

 

Sekadar info, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Sharnaaz Ahmad pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jayden Ahmad, 5,  sebelum kedua-duanya mengambil keputusan untuk bercerai pada 9 Julai 2020.

Noor Nabila kemudian mendirikan rumah tangga bersama usahawan, Engku Emran pada 19 Mac 2021 dalam sebuah majlis tertutup yang dihadiri oleh ahli keluarga kedua belah pihak dan rakan terdekat sahaja.

Namun, status perkahwinan pasangan ini masih menjadi tanda tanya pelbagai pihak selepas timbul spekulasi kononnya Nabila dan Engku Emran sudah tidak tinggal sebumbung.

 

Sumber: Gempak, Instagram

Salma Syahbuddin