Categories: SelebritiTrending

Selepas Bergelar Suami, MK Pilih Jaga Batas & Berhati-Hati Dalam Lakonan – “Saya Tak Akan Sewenangnya Langgar Had”

Penyanyi rap dan pelakon, MK K-Clique memberitahu bahawa dia akan lebih berjaga-jaga dan menjaga batas dalam lakonan kerana sudah bergelar suami.

Memetik laporan Utusan Malaysia, MK yang juga anggota kumpulan K-Clique itu menyatakan dia perlu mengehadkan batas dalam lakonan kerana sudah berumah tangga malah dia tidak akan melanggar batas yang telah ditetapkan.

“Bahkan dalam lakonan itu sendiri, tidak semudah itu untuk seorang pelakon melangkaui batas.

“Saya tahu perkara yang perlu saya jaga dan tidak akan sewenang-wenangnya melanggar had sebagai seorang suami. Jadi, semestinya saya akan jaga perkara itu,” jelasnya.

Untuk rekod, MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan telah menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hatinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin pada 16 Jun lalu.

Artikel Berkaitan: MK K-Clique Sah Bergelar Suami Siti Hajaar

Artikel Berkaitan: Saham Makin Naik Lepas Tengok Cara MK K-Clique Layan Isteri, Netizen Komen: “Dulu Tak Minat Pun, Bila Dah Kahwin Ni Nampak…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Hanya Berjubah Ketika Bulan Madu, Penampilan Isteri MK K-Clique Raih Pujian Netizen

Sumber: Utusan Malaysia

Atiqah Johari