Muat Naik Gambar Terkangkang, Peminat Naim Daniel Terkejut

Pelakon, penyanyi dan komposer, Naim Daniel, 24, menerusi hantaran terbaru di Instagram miliknya ternyata mencuri perhatian.

Ia selepas, Naim memuat naik gambar sedang duduk dengan aksi terkangkang sambil memperagakan baju hasil kolaborasi siri kartun terkenal Felix The Cat dengan sebuah jenama terkenal.

“Awat terkangkang tu…”

Rata-rata peminat dan followers pelantun lagu Sumpah itu terkejut melihat pose terkini Naim. Malah, ada diantara mereka yang sempat meninggalkan komen nakal mengenai gaya tersebut.

Selain itu, beberapa rakan artis juga dilihat meninggalkan komen ‘nakal’ kepada pemenang Anugerah Juara Lagu ke-34 itu.

Salma Syahbuddin