Muka Macam Orang Turki, Kecomelan Anak Harris Annuar & Asha Merican Dipuji Ramai

Pasangan selebriti Harris Annuar dan Asha Merican tampil meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya selepas mempamerkan kecomelan anak perempuan mereka, Aura Medina.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Harris menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam video tersebut, Harris sempat menggelar anaknya sebagai makcik Turki dek kerana raut wajahnya persis orang yang berasal dari negara itu.

“Makcik turki nak keluar berjalan. Ini dia makcik Turki. Makcik jual karipap ke? Comelnya,” katanya.

@harrisannuar Makcik turki nak keluar berjalan 🤣 #Tiktok #baby #babytiktok #babytok #babyfever #malaysia #malaysiatiktok ♬ original sound – Harris Annuar

Terpegun dengan kecomelan si kecil itu, perkongsian tersebut juga telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Terdahulu, Harris dan Asha telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aura Medina yang kini berusia 2 bulan.Pasangan selebriti Harris Annuar dan Asha Merican tampil meraih perhatian dalam kalangan pengikutnya selepas mempamerkan kecomelan anak perempuan mereka, Aura Medina.

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Harris menerusi sebuah hantaran di TikTok, semalam.

Dalam video tersebut, Harris sempat menggelar anaknya sebagai makcik Turki dek kerana raut wajahnya persis orang yang berasal dari negara itu.

“Makcik turki nak keluar berjalan. Ini dia makcik Turki. Makcik jual karipap ke? Comelnya,” katanya.

Terpegun dengan kecomelan si kecil itu, perkongsian tersebut juga telah meraih pelbagai respons dalam kalangan warganet di ruangan komen.

Terdahulu, Harris dan Asha telah mendirikan rumah tangga pada 11 Jun 2022 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Aura Medina yang kini berusia 2 bulan.

Fatin Nurain