“Munafik, Penunggang Agama!” – Bengang Dituduh Perempuan Jahat, Zarina Anjoulie Dedah Sikap Bekas Tunang Acah ‘Terpaling Alim’

Saling berbalah menerusi sosial media, hubungan Zarina Anjoulie atau dikenali dengan panggilan Anju bersama bekas tunangnya, Datuk Seri Khazrul Ezley dilihat semakin tegang.

Ia susulan isu melibatkan kos pagar rumah yang dibangkitkan sebelum ini sehinggalah pendedahan yang dibuat Khazrul kononnya gambar bogel milik Anju bersepah di laman web.

ARTIKEL BERKAITAN:Saling Berbalah Di Instagram, Bekas Tunang Bongkar Perbuatan Toksik Zarina Anjoulie? – “Gambar B*g*l Bersepah!”

Tidak berdiam diri dengan tindakan Khazrul, Anju sekali lagi menegaskan, dia tidak pernah meminta untuk membayar duit pagar rumah tersebut lantas mendedahkan posting yang sebelum ini dimuat naik Khazrul kononnya dia membeli sebuah rumah adalah sekadar ‘content’ semata-mata.

Tidak cukup dengan itu, Anju juga menggelar Khazrul dengan panggilan munafik dan penunggang agama selepas mendedahkan perbuatan Anju sebelum ini.

“Dah jadi macam ni cakap aku panjat kau. Time Pak Cik Sodap, Pak Cik hilang kopiah, tak ingat Allah. Tak tolak pun saya kan… Munafik penunggang agama, gila glamor.

“Macam mana aku ada kunci rumah kau kalau bukan sebab kau nak sedap sekali? Tapi hujung-hujung cakap aku perempuan jahat,” katanya.

Terbaharu, Anju turut memuat naik hantaran di Instagram Story miliknya dengan memberi peringatan supaya berhenti untuk memberi dan menyukai seseorang dengan mudah.

“Pengajaran nombor satu, berhenti memberi kepercayaan kepada manusia dengan mudah dan jangan mencintai orang terlalu mudah. Ingat tu,” tulisnya.

Salma Syahbuddin