Cantiknya! Segak Peragakan Pakaian Raya Bersama, Penampilan Que Haidar & Anak Dipuji Ramai

Terkenal dengan kecantikannya yang semula jadi, anak kepada pasangan selebriti Que Haidar dan Linda Jasmine, Tengku Ratu Haidar sekali lagi meraih perhatian dalam kalangan warganet.

Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Que bersama anaknya, Ratu sedang menjalani sesi penggambaran untuk sebuah jenama pakaian, Qierahman bagi mempromosikan koleksi raya tahun ini.

Dalam perkongsian tersebut, Que dan Ratu kelihatan segak menggayakan jenama pakaian itu sehingga meraih pujian dalam kalangan wargamaya.

@qierahman #qierahman #qierahmanisabitexpensive ♬ original sound – Qierahman

Hasil tinjauan di ruangan komen, perkongsian tersebut telah meraih pelbagai respons yang rata-ratanya memuji kecantikkan dan ketampanan mereka dua beranak.

Malah, ada juga yang menyatakan muka Ratu persis penyanyi antarabangsa, Selena Gomez.

Fatin Nurain