Muncul Dalam Drama ‘Lelaki Itu’, Nur Fazura Struggle Nak Hafal Dialog – “Satu Page Pun Lembab”

Usahawan dan pelakon jelita, Nur Fazura kini bakal kembali ke kaca televisyen (TV) dalam drama rantaian TV3 Lelaki Itu arahan Along Kamaluddin dan Erma Fatima.

Menerusi perkongsian di Instagram, isteri kepada aktor Fattah Amin ini berkata mengalami kesusahan dalam menghafal dialog gara-gara lama tidak berlakon.

“Punya lama tak berlakon, satu page pun lembab nak hafal dialogue.. pukul berapa nak habis ni?,” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen hantaran tersebut, rakan-rakan selebriti dan peminat memberi kata-kata semangat kepada aktres filem Manisnya Cinta Di Cappadocia ini.

Selain itu, ramai dalam kalangan pengiktunya yang tidak sabar menanti drama tersebut disiarkan pada tahun depan.

Sebelum ini, suaminya Fattah Amin berkata dia tidak mengongkong Fazura untuk memilih dalam berkawan, namun juga tidak menafikan isterinya itu perlu mendapat keizinan dan restu daripadanya.

Artikel Berkaitan:

Aqilah Paharuzi