[VIDEO] Individu Persoal Coldplay Pakai Kostum Mata Satu, Netizen Pesan Jangan Tegur -“Tapi Lagu Viva La Vida Tu Terang-Terang Untuk D*jal”

Kehangatan sambutan konsert Coldplay: Music of The Speheres World Tour yang berlangsung baru-baru ini di Stadium Nasional Bukit Jalil masih menjadi bualan hangat dalam kalangan warganet.

Malah, topik tersebut juga kekal trending di platform X sejak Rabu.

Meskipun mendapat sambutan hangat dari peminat Malaysia, namun kelihatan seorang pengguna TikTok yang dikenali sebagai @PakDon tampil mempersoalkan salah satu persembahan dari kumpulan itu apabila vokalisnya, Chris Martin memakai kostum bermata satu.

Menerusi video berdurasi 36 saat yang dikongsikan, individu terbabit juga dilihat menegur dan menyifatkan peminat yang hadir dan sanggup meredah kesesakan lalu lintas dan hujan sebagai tindakan menyembah tanpa sedar.

“Translator untuk peminat tiada daya pendengaran di konsert Coldplay. Dalam banyak-banyak kostum kenapa pilih yang mata satu?

“Per’SEMBAHAN’ dari band Coldplay, sanggup bersesak redah jem  dan basah kuyup. Kita pun seronok menyembah tanpa sedar perbuatan kita sendiri,” tulisnya pada kapsyen video berkenaan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai respons positif terhadap hantaran berkenaan.

Bagaimanapun, terdapat segelintir daripada mereka yang berasa kesal dengan tindakan peminat kumpulan Coldplay apabila teguran seperti ini seringkali disifatkan mereka sebagai  terpaling warak.

Sekadar info, konsert Coldplay: Music of The Speheres World Tour merupakan konser yang berjaya memecahkan rekod penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sejak 19 tahun lalu apabila mencatat jumlah penonton paling ramai iaitu sebanyak 75,000 peminat yang hadir.

Salma Syahbuddin