Categories: HiburanSelebriti

Mungkin Belum Ada Rezeki Lagi – Marsha

Belum ada rejeki lagi begitulah kata Marsha. Beliau memberitahu mereka sudah membuat pemeriksaan perubatan dan semuanya baik sahaja .Bagaimanapun Marsha tidak tertekan dan menanti dengan sabar.

“Anak? Doa-doakanlah, kita pun memang cuba sedaya upaya. Saya pun ada buat check up dan doktor pun kata semua okey saja, cuma masih belum ada rezeki lagi. Mungkin Allah, suruh rapatkan silaturrahim dengan suami, sebelum ada orang ketiga nanti”

Mungkin ramai yang tidak tahu Marsha dan suami tinggal serumah dengan keluarga mertua kerana suami yang jenis sukakan rumah yang riuh rendah. Patutlah Marsha tidak rasa kesunyian.

“Lagipun, saya dan suami duduk dengan keluarga mertua. Jadi, rumah pun agak riuh. Alhamdulillah, my in law pula jenis yang sempoi dan selamba. Pindah? Mungkin tak kot. Lagipun, suami saya jenis yang family-oriented. Nanti, kalau dah duduk sendiri, bosan pula”

SGMS Enal