“Mungkin Kami Pernah Kenal” – Syafiq Kyle Jawab Isu Video Kontroversi

Kegilaan peminat terhadap drama Samarinda Nur yang disiarkan setiap hari menerusi rancangan TV3 nampaknya sama panas dengan kegilaan peminat mahupun netizen terhadap isu kontroversi melibatkan penularan video ‘panas’ Syafiq Kyle. 

Justeru itu bagi mendapatkan penjelasan terhadap isu penuh kontroversi tersebut, Syafiq Kyle telahpun membuat sidang media bagi menjelaskan perkara tersebut. Dan, menurut beliau kenyataan ini adalah muktamad dan adalah yang terakhir. Kerana, beliau sendiri sudah mengetahui kewujudan video tersebut sejak dua tahun yang lalu. 

Objektif saya mengadakan sidang media ini adalah untuk meneruskan kehidupan dan menghormati Ramadan. Saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan dan memendekkan isu ini. Dan, saya memilih untuk mengehntikannya”

Terpulanglah apa orang lain mahu fikirkan tetapi ini jawapan saya. Tak kisah jika ada yang tidak berpuas hati dengan jawapan saya atau sebaliknya, Saya bersyukur dan menghargai dugaan ini yang lebih mematangkan saya. Namun, saya hanya mendapat bayangan tanpa tahu kesahihannya. Apabila saya tahu hal ini sudah tular hingga didagangkan, saya tak pasti dan tak sedar. Ini kerana bukan sepanjang masa saya menggodek telefon.” Katanya

Siapa Mira dalam video tersebut?

Ketika ditanya siapakah gerangan wanita bernama Mira dalam video tersebut, Syafiq memberitahu, dia mungkin pernah mengenali individu terbabit. 

“Mungkin kami pernah kenal, tetapi saya tidak mahu memanjangkan perkara ini.” Tambahnya lagi.

Syafiq juga menjelaskan bahawa, dia tidak mengenali individu yang berada dalam paparan skrin twitter yang membabitkan perbualan beliau dengan individu terbabit. Dan, beliau mahu isu tersebut dikendalikan oleh pihak pengurusan beliau  sendiri. Malah, pihak Syafiq Kyle juga akan mendapatkan khidmat perundangan jika kontroversi itu berpanjangan. 

Salma Syahbuddin