Categories: familuvParenting

Tingkatkan Kecerdasan Anak Anda Dengan 5 Senaman Mudah Dan Menyeronokkan Ini

Anak-anak zaman sekarang dengan dulu memang banyak bezanya. Kalau orang dulu, keseronokan mereka bermain bertemankan hujan, lumpur dan pasir, generasi digital pula kehidupan mereka tertumpu pada televisyen, telefon pintar dan tablet.

Pendek kata, mereka kurang berpeluh kerana aktiviti bermain di luar rumah jarang sekali dapat dilakukan. Apa lagi kalau punya ibu bapa yang terlalu memberi tekanan kepada anak dalam pelajaran.

Foto: Magic Crate

Menjalani kehidupan tanpa rutin yang seimbang, boleh melemahkan tubuh dan kurang bermaya. Di sini, Hijab & Heels ini kongsikan beberapa cadangan senaman yang mudah dan menyeronokkan untuk anak anda.

Membina Istana Pasir

Selalunya jika ke pantai, anak pasti suka membina istana pasir. Jangan biarkan mereka sahaja bermain, anda juga boleh turut serta. Cipta satu permainan supaya anda boleh bermain dengan mereka seperti menggali lubang berdekatan pantai untuk mencari atau menakung air dan pada masa yang sama saling berlari-lari melawan ombak.

Aktiviti Berjalan

Jika jarak antara sekolah si anak dan rumah tidak terlalu jauh, ambil kesempatan ini untuk menghantar mereka. Bukan dengan menaiki kenderaan, sebaliknya berjalan kaki bersama. Ini bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan si anak tetapi anda juga berpeluang untuk bersenam dan mengeluarkan peluh.

Taman Permainan Di Luar

Foto: Metroparks Toledo

Berbeza dengan taman permainan di dalam bangunan, taman permainan di bawah langit biru lebih memudahkan ibu bapa untuk bermain bersama anak. Waktu inilah anda boleh berinteraksi dengan anak dan pada masa yang sama, berpeluang untuk bersenam serta bermain dengan mereka.

‘Wee-Wee’

Senaman ini memerlukan pergerakan seluruh badan dan si anak pasti seronok melakukannya. Caranya, anak akan melompat dari katil atau sofa dan ayah akan menyambutnya sambil memusingkan mereka atau mengangkat mereka. Ini baik untuk otot dan mampu mengeluarkan peluh walaupun hanya dilakukan di dalam rumah.

Bersukan sersama

Foto: UIC Es

Sukan seperti tenis, renang dan badminton bukan sahaja baik untuk kecergasan tetapi penting untuk membina keyakinan diri, fokus, disiplin dan membina kebolehan berkomunikasi. Selain menghantar mereka menghadiri kelas, ibu bapa juga boleh mengajar dan dalam masa yang sama bermain bersama mereka.

Sumber: Herinspirasi

Yanie Baharom