‘Mungkin Orang Cakap Poyo Tapi…’- Iqbal M Tak Tidur Malam Setiap Kali Dapat Tawaran Persembahan

Vokalis kumpulan Iqbal M, Iqbal mendedahkan tabiat pelik dialaminya setiap kali menerima tawaran membuat persembahan.

Kata Iqbal ketika ditemui di majlis pengenalan kumpulan yang tampil dengan muzik Moden Rokes ini, dia memberitahu tidak boleh tidur malam setiap kali menjelang malam persembahan.

“ Mungkin orang cakap saya poyo tapi ini realitinya, saya gementar sampai tidak boleh tidur malam.

“ Bayangkan dalam bilik air ketika mandi juga saya berlatih menyanyi bagi memastikan persembahan mantap di show keesokan harinya.

“ Bagi penyanyi lain mungkin mereka mahu mendapatkan tidur yang cukup tetapi lain hal pula bagi saya. Perasaan takut itu lain macam,” katanya kepada XTRA.

Kumpulan Iqbal M tampil dengan album pertama yang memuatkan lapan buah lagu yang sarat dengan kisah sosial kritik, kasih sayang motivasi dan peringatan.

Single pertama berjudul ‘Perasaan Sedih Janganlah Kau Bimbang’ antara single yang bakal menarik perhatian pendengar. Ini kerana lagu ini dikatakan ‘rare’ daripada lagu lain yang pernah kita dengarkan.

Untuk Iqbal M, semoga terus terbang tinggi!

SGMS Faida