Categories: Acara

V Sensual Premium Intimate Wash, bangkitkan positiviti dan keyakinan wanita

Siapa sangka pertemuan antara Diyanah Zaki dan Radhiah Ahmad di Qatar empat tahun lalu menjadi titik permulaan buat mereka berdua untuk berkolaborasi menghasilkan satu produk wanita yang luar biasa.

Di bawah syarikat DD Secrets Sdn Bhd, kedua-dua wanita cantik ini hadir dengan produk penjagaan intim wanita, V Sensual Premium Intimate Wash.

Pertemuan kedua pengasas bersama ini melahirkan inspirasi untuk menghasilkan V Sensual

“Selepas berumah tangga, saya dan suami mencuba hampir beberapa tahun sebelum kami berjaya mendapat cahaya mata. Dalam usaha kami untuk mendapatkan zuriat, takdir Allah telah menemukan saya dengan Radhiah.

Pertemuan itu memberi peluang kepada saya untuk bertemu dengan Datin Sharifah Anisah, pengasas NR yang merupakan pelopor dalam industri herba negara yang memang terkenal di negara kita. Saya amat kagum dan teruja apabila pertama kali bersua dengannya.

Berkat urutan tangan Datin Sharifah Anisah dan ramuan resipi herba yang dibuat khas untuk saya, akhirnya saya berjaya mendapat zuriat. Dari situ, saya cuba mengorek rahsia kecantikan beliau dan akhirnya beliau bersetuju untuk berkongsi resipi rahsia penjagaan bahagian intim wanita.

Menurut beliau, resipi tersebut adalah resipi rahsia wanita Melayu yang arif sejak ratusan tahun dahulu. Saya pun mencuba resipi tersebut dan hasilnya sangat menakjubkan! Tiada lagi masalah keputihan, iritasi dan sebagainya.

Maka dari situlah datangnya idea dan inspirasi untuk kami berkongsi resipi pencucian herba tersebut dengan wanita yang lain. Datin Sharifah Anisah bersetuju untuk kami mengkomersilkan pencuci herba tersebut dan lahirlah produk sulung kami V Sensual Premium Intimate Wash,” kongsi Diyanah sewaktu ditemui pada majlis pelancaran produk sulung mereka yang berlangsung di Pusat Konvensyen Sime Darby baru-baru ini.

Diyanah, Datin Sharifah Anisah, Anzalna dan Radhiah sewaktu forum khas sempena Hari Wanita Sedunia anjuran DD Secrets

Diyanah, Datin Sharifah Anisah, Anzalna dan Radhiah bergambar bersama produk V Sensual Premium Intimate Wash

Menariknya, majlis pelancaran berkenaan turut diisi dengan satu forum khas yang diadakan bersempena Hari Wanita Sedunia. Forum yang dihadiri 200 jemputan khas itu diserikan dengan kehadiran Pengasas Kumpulan Syarikat NR Mustajab, Datin Sharifah Anisah Tan Sri Datuk Profesor Dr. Syed Agil Barakbah dan aktres jelita Anzalna Nasir sebagai ahli panel. Kedua individu berkenaan berkongsi petua penjagaan kesihatan dalaman wanita serta pengalaman sebagai pengguna terawal V Sensual Premium Intimate Wash.

Sesi perkongsian yang memberi banyak ilmu kepada tetamu yang hadir

“Saya mengalami keputihan ketika hamil dan sebagai wanita mengandung, sudah semestinya saya mencari produk yang bersifat semula jadi, halal dan paling penting berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Saya memang sangat memilih produk dan tidak mudah percaya dengan sebarangan produk. Saya juga berhati-hati memilih produk di pasaran kerana sekarang terlalu banyak produk yang dikeluarkan. Ramai nak buat duit tanpa fikirkan keselamatan kandungan produk yang dikeluarkan.

Apabila menggunakan produk V Sensual Premium Intimate Wash, ia mengawal masalah keputihan yang dialami dan bahagian intim saya berasa selesa serta nyaman. Terbukti produk ini memang bagus,” tutur Anzalna yang berkongsi pengalamannya menggunakan produk tersebut.

Anzalna yakin dengan produk semula jadi V Sensual

V Sensual Premium Intimate Wash dirumus khas daripada khazanah herba hutan hujan Tropika dan bahan semula jadi yang kaya dengan vitamin serta mineral seperti bunga mawar, daun sirih, manjakani dan lidah buaya.

Keberkesanan formula istimewa V Sensual telah terbukti sejak 800 tahun dahulu di kalangan wanita Melayu lama dan ia juga disahkan antara cara terbaik dalam mengekalkan kebersihan dan kesegaran bahagian intim oleh kajian saintifik moden.

V Sensual Premium Intimate Wash mempunyai banyak khasiat yang mampu mengatasi masalah bahagian intim wanita

V Sensual Premium Intimate Wash boleh didapati dengan harga RM59 sebotol (100ml) menerusi talian 012-8381860 (Whatsapp) atau melalui stokis berdaftar di bawah naungan DD Secrets Sdn Bhd.

Maklumat lanjut mengenai V Sensual Premium Intimate Wash dan senarai sah stokis boleh diperoleh melalui akaun Instagram @vsensual, Facebook @DDSecretsMalaysia serta laman sesawang www.vsensual.com.

Kredit foto: V Sensual (DD Secrets Sdn Bhd)

Ad Ops