Categories: AcaraAnugerahTrending

Jom Temui Finalis AJL38 ‘Meet & Greet Paling Ikonik’ Di Pasar Seni, 4 Februari Ini!

Debaran kemuncak acara paling berprestij, Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang akan berlangsung pada 3 Mac depan di Stadium Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur kini kian terasa!

Peminat pastinya tidak sabar untuk menantikan persembahan daripada setiap finalis penyanyi kesayangan mereka.

Bagi menghangatkan lagi debaran AJL38, satu sesi bertemu peminat atau ‘meet and greet’ bakal diadakan pada 4 Februari ini, di Pasar Seni (Central Market) Kuala Lumpur bermula jam 12 tengah hari sehingga 6 petang.

Meet & Greet paling ikonik!

Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan dan paling seronok pengunjung berpeluang untuk bertemu dengan kesemua finalis AJL38.

Antara finalis yang akan hadir ialah Aina Abdul, Ernie Zakri, Hael Husaini, Shiha Zikir, Aisha Retno, Marsha Milan, Kugiran Masdo, Amir Jahari, Naqiu, Nabila Razali, Khai Bahar, Wany Hasrita, Ziana Zain dan Hasif Upin.

Jangan risau, masuk adalah percuma jadi tak perlu bayar! Jangan lupa temu janji anda bersama finalis AJL 38 Ahad ini!

Anda juga boleh mendapatkan tiket final AJL 38 bermula 5 Februari ini DI SINI.

Maya Basir