Penampilan Suami Makin Segak & Bergaya, Peminat Puji Intan Najuwa – “Auto Kacak Bila Dia Jaga”

Penampilan suami kepada pelakon, Datin Intan Najuwa, Datuk Ahmad Asraf Azman semakin menangkap perhatian dalam kalangan netizen selepas beberapa bulan mereka mendirikan rumah tangga.

Menerusi perkongsian terbaharu di Instagram, Intan telah memuat naik foto bersama suaminya menghadiri majlis sebuah jenama fesyen terkemuka.

Dalam perkongsian tersebut, rata-rata pengikutnya memuji ketampanan suaminya itu yang dikatakan kini lebih segak dan bergaya di ruangan komen.

“It’s me and you against the world,” tulisnya.

Terdahulu, ada dakwaan yang menyatakan pelakon drama Tuan Danial itu sedang berbadan dua gara-gara terlihat perutnya sedikit buncit atau mempunyai ‘baby bump’.

Namun, Intan terus menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa penampakan itu adalah ‘Food bump’ semata-mata.

“Alamak itu bukan baby bump. Itu food bump! Baru lepas makan nasi orang kahwin tu yang baju sendat macam nak koyak dah,” katanya.

Sekadar info, Intan dan Asraf telah mendirikan rumah tangga pada 18 Ogos 2023.

 

Fatin Nurain