“Air Ketuban Terlebih…” – Alami Pelbagai Komplikasi, Tom Terpaksa Ke Hospital Lebih Awal

Penyanyi Tom memaklumkan dirinya terpaksa ke hospital kerana mengalami pelbagai komplikasi di usia kandungannya yang sudah mencecah 9 bulan.

Menerusi hantarannya di Instastory, doktor menyarannya ke hospital kerana bimbang dengan masalah kesihatan yang dihidapi Tom.

“Harini Tom kena pergi hospital besar sebab saya ada banyak komplikasi antaranya air ketuban terlebih, darah rendah sangat. Tom ada masalah Gerd jadi tak boleh nak makan ubat. Berat badan pun tak naik,” ujarnya.

Katanya lagi, dia berkemungkinan akan bersalin melalui cara pembedahan ‘caesarean section’ (czer) dan berharap agar bayinya selamat dilahirkan.

“Mungkin saya akan kena Czer tapi tak tahu lagi harapnya boleh bersalin normal.

“Tak kisah lah normal ke operate ke asalkan baby Tom selamat. Tolong doakan Tom,” katanya.

Gara-gara komplikasi yang dihadapi, Tom juga berkemungkinan akan di tahan di wad hospital sehingga bersalin memandangkan usia kandungannya sudah 37 minggu.

“Banyak sangat komplikasi itu yang nak kena pergi hospital awal. Tak tahu kena tahan di wad atau tidak. Katanya kena tahan tapi tak tahu sampai bersalin atau tidak sebab Tom dah 37 minggu. Kita tengok lah macam mana,” jelasnya.

Terdahulu, Tom berkongsi bakal menimang cahaya mata perempuan pertama bersama suami, Fuad Rahman.

Untuk rekod, Tom dan Fuad mendirikan rumah tangga pada 23 Februari 2023 di Batam, Indonesia.

Maya Basir