“Muntah-Muntah Sebelum Konsert & Alami Sesak Nafas Di Kedai Makan” – Perlu Banyak Berehat… Ubai Perjelas Status Terkini Shila Amzah

Selepas dikejarkan ke hospital akibat mengalami asthma, penyanyi popular Shila Amzah kini dilaporkan stabil dan telah dibenarkan pulang selepas dua jam menerima rawatan seusai konsert sulungnya pada Sabtu.

Memetik laporan Gempak, kekasih hatinya, Ubai Mz berkata,  doktor menyarankan agar Shila mendapatkan rehat secukupnya.

“Sebenarnya dua minggu lalu dia memang tak sihat, dan sehari sebelum konsert dia ada maklumkan dia tak okay termasuklah mengalami muntah-muntah terutamanya pada segmen pertama.

“Dan selepas konsert, dia ada luangkan masa bersama penaja dan penganjur di sebuah restoran di Kuala Lumpur sebelum kami sempat berjumpa dan minum di restoran lain pula sehinggalah dia mula sesak nafas pada ketika itu,”katanya.

Malah, Ubai menjelaskan, pelantun lagu Patah Seribu itu sebenarnya perlu di tahan di wad bagi tujuan pemantauan rapi, namun dia meminta izin untuk pulang semula ke rumah ketika keadaannya stabil.

“Sepatutnya dia kena tahan di wad tapi dia memilih untuk pulang ke rumah ketika keadaannya stabil dan pada ketika itu sekitar pukul 5 pagi,”jelasnya.

Dalam pada itu, Shila menganggap keadaan terbabit sebahagian daripada cabarannya bergelar  sebagai seorang penyanyi.

“Terima kasih kepada peminat yang doakan saya, Saya perlu teruskan pemeriksaan paru-paru saya. Mungkin saya terlalu aktif dalam masa sama perlu cukupkan rehat.

“Ini pengajaran untuk saya untuk sentiasa mengutamakan kesihatan selain cabaran untuk saya menjaga diri sendiri.” ujarnya.

 

ARTIKEL BERKAITAN:Shila Amzah Dikejarkan Ke Hospital, Ubai Setia Disisi – “Get Well Soon!”

ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] “Member Tengah Stress” – Gara-Gara Dituduh Tak ‘Matured’, Shila Amzah ‘Makeover’ Rambut Ubai

ARTIKEL BERKAITAN:“Awak Beri Saya Bahagia, Tawa & Cinta” – Muat Naik Foto Bersama Kekasih, Shila Amzah Ungkap Kata Romantis

ARTIKEL BERKAITAN:Didakwa Perampas, Ini Respons Shila Amzah – “Kalau Betul, Saya tidak Akan Ganggu Ubai”

 

Sumber: Gempak

Salma Syahbuddin