Berpegangan Tangan Dengan Madu, Keakraban Adira & Datin Red Buat Ramai Terharu

Penyanyi Adira Suhaimi memuat naik sebuah video di akaun TikTok memaparkan dia sedang berjalan berpegangan tangan dengan madunya yang dikenali sebagai Datin Red, baru-baru ini.

Adira yang dilihat berpakaian sedondon serba hitam dengan madunya itu hadir ke sebuah acara peragaan bagi memberi sokongan kepada anak sulung madunya itu.

Melihat keakraban mereka, rata-rata warganet kagum dengan Adira dan Datin Red dapat menjadi profesional.

Bukan itu sahaja, ramai yang memuji Adira kerana pandai menyantuni isteri pertama dan mengetahui kedudukannya sebagai isteri kedua.

Malah, ada yang berasa sebak melihat video tersebut kerana mengetahui untuk sampai ke tahap sebegini bukan sesuatu yang mudah dalam sebuah perkahwinan poligami.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan komen yang berbentuk positif dan mendoakan kebahagiaan mereka.

Datin Red juga dilihat menyatakan bahawa dia menyayangi Adira dunia dan akhirat di ruangan komen.

Namun, ada juga segelintir yang mengimbas kembali kekecohan dan pergaduhan yang tular pada awal perkahwinan Adira dan Datuk Red.

Atiqah Johari