Nabil Ahmad Dah Sedia Tukar Kerjaya?

Dunia hiburan ada pasang surutnya. Jika hari ini artis ini disanjung dipuja, mungkin esok tidak lagi. Lumrah sebagai manusia, hidup ibarat roda bukan?

Biarpun kedudukan pelawak Nabil Ahmad boleh dikatakan berada di dalam zon selesa, itu tidak bermakna dia hanya perlu duduk diam sahaja.

“ Saya masih mencari peluang sumber pendapatan lain terutama dalam bidang perniagaan.

“ Kalau ada sumber lain, saya sedia berundur daripada industri seni sekiranya menemui sumber pendapatan lain untuk keluarga,” katanya.

Mencontohi pelawak terkenal, Shuib yang kini sibuk dengan perniagaan madu asli, Nabil juga mahu lakukan perkara yang sama.

“ Bukan tak sayang industri seni cuma saya ta mahu terlalu bergantung daripada kerja ini semata-mata.

“ Saya takut kerana kita tidak berada di atas selama-lamanya,” katanya kepada salah sebuah portal hiburan tempatan.

Dalam perkembangan lain, Nabil turut mengusahakan beberapa perniagaan seperti kosmetik dan pakaian.

“ Masih di peringkat percubaan, kalau menjadi, sebolehnya biarlah ia menjadi sumber pendapatan utama,” katanya.

SGMS Faida