Nabil Ahmad Ditawarkan Hubungan Seks?

Dalam dunia selebriti, pasti ada peminat yang sentiasa menyokong jatuh bangun artis kesayangan mereka. Tidak kurang juga yang terlalu taksub hingga melakukan perkara yang melampaui batas. Nabil Ahmad, pelawak dan pengacara juga ada berhadapan dengan peminat fanatiknya.

Berkerja dalam industri hiburan ini memang mempunyai cabaran yang tersendiri. Bergelar suami kepada Zira Ayub dan bapa kepada dua orang anak ini, Nabil tidak pernah goyah dengan dugaan yang diterima. Baginya, Zira sudah cukup sempurna dan tidak pernah memasang hasrat sama sekali untuk memadukannya.

Asam garam hidup sebagai suami isteri, pasti ada ujian dan cabaran. Antara ujiannya adalah Nabil sendiri pernah diajak oleh peminat fanatiknya untuk melakukan hubungan seks di sebuah hotel Mewah. Menurut Nabil, permintaan tersebut dihantar melalui aplikasi direct message instagram (DM). Biar betul?

Tambah Nabil, itu bukanlah kali pertama dia ditawarkan perkara sebegitu. Ada beberapa kali juga permintaan pelik peminat-peminat wanita khususnya, dianggap tidak masuk akal. Maka, tidak hairanlah jika dia berkongsi akaun instagram bersama isterinya @nabilzira. Bagi Nabil, dia tidak kisah untuk membiarkan isterinya mengawal mana-mana akaun laman sosialnya.

Bagi Nabil, sebagai seorang selebriti yang dikenali, keluarga adalah matlamat utama beliau. Apatah lagi mahu melakukan perkara yang boleh merosakkan hubungan rumahtangga beliau.

Jadi, diharap peminat Nabil tahu akan batas dan status Nabil sebagai suami orang. Minat artis itu perkara biasa, tetapi kena ada limit okay!

Ditulis oleh: Nur Nasuha

Ad Ops