Categories: Hiburan

Nabil Aqil Terkejut, Tahu Mengenai Pembatalan Majlis Perkahwinan Syafiq Kyle & Mimi Lana Menerusi Group WhatsApp Keluarga

Pelakon Nabil Aqil memilih untuk menghormati keputusan pembatalan majlis perkahwinan antara pelakon Syafiq Kyle dan tunangnya, aktres Mimi Lana.

Merupakan anak buah kepada Syafiq, Nabil percaya bapa saudaranya mempunyai alasan tersendiri mengenai hal itu.

“Saya hanya mengetahui perkara itu menerusi group WhatsApp keluarga dan kami semua terkejut.

“Apa pun kami semua hormati keputusan dan faham mengenainya,” katanya.

Nabil yang sedang menjalani penggambaran drama Hawt Fellas bagaimanapun berkata, dia tidak mengetahui punca majlis berkenaan dibatalkan.

“Keluarga kami memang tidak bertanya walaupun terkejut sebab tarikh sepatutnya iaitu 18 Ogos, sudah dekat sangat,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Syafiq Kyle, Mimi Lana Batal Pernikahan?

Dia berkata demikian ketika ditemui pada lokasi penggambaran drama itu di DXN Cyberville pada Ahad.

Ditanya mengenai Mimi, Nabil berkata wanita itu disifatkan seorang yang menyenangkan.

“Mimi seorang yang sangat cool dan chill. Tak nampak macam bakal mak cik saya,” katanya tertawa.

Notis pembatalan majlis itu yang dibuat oleh pengurusan Mimi hanya diketahui setelah ia tersebar di media sosial Jumaat lalu.

Sumber: Gayah is Typing

Padin